Wednesday, October 27, 2010

Sepahit Jadam


Sepahit Jadam,..

haih,malas sikit menulis dan copy paste maklumat2 buku ni..
tulisan Ustaz Nik Mohamad Abduh.

Kalau rasa2 nak tau perjalanan hidup ustaz sebagai anak tuan guru,ahli politik, dan daie Ila Allah, baik la baca buku ni.
tambah2 yang rajin usrah, ustaz ada sentuh juga.

best la buku ni,nak sambung baca jap..

Wassalam

rujuk cni

Wednesday, September 29, 2010

Formula Solat Sempurna


Salam

Karangan; Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Cetakan Telaga Biru Sdn Bhd

1th Ed. cetakan 2008

Harga; RM25.90(WM)

Alhamdulillah. Mungkin buku ni agak2 macam sambungan kepada buku Riba & Kewangan Semasa dalam previous posting yang juga tulisan UZAR. Mengulas sikit pasal buku Riba, teringat masa sekali join satu business yang akhirnya di"fatwa"kan HARAM oleh beliau. Tapi tak kisahlah, walaupun BURN sikit duit selepas era pengharaman. Tak sampai seminggu join.

Bila baca buku RIBA,minat pula nak tengok buku2 tulisan beliau yang lain. Dan sebenarnya buku ni (SOLAT) dah disarankan oleh beberapa sahabat tabligh yang lain, alternatif kepada buku Sifat Solat Nabi (Syeikh Al-Albani) katanya. Segan nak promote buku Sifat Solat Nabi versi Ustaz Zamihan Al-Ghari, sebab belum baca lagi. InsyaAllah akan diborrow dari kawan yang dah beli, dan diulas dalam pos akan datang.

Hampir separuh habis, tapi dah selak habis (overview/ pandangan atas) dan ternyata ia lebih kepada hasil galian ilmu dari kitab ulamak2 muktabar mutaqaddimin dan mutaakhirin. Dan disimpulkan dengan pilihan2 dalil yang sahih, dan bersesuaian dengan u'ruf masyarakat Malaysia yang mengikut mazhab Syafie bedal (maaf,sebab setelah dengar di kuliah2 pengajian ustaz pondok di Kelantan,banyak orang Malaysia yang macam dalam keraguan Mazhab, dah tak pure Syafie)

Elok untuk anak2 yang baru nak tau pasal solat, dan hadiah untuk mak-bapak yang bermazhab Syafie bedal. Bak kata UZAR seperti dibawah

Agak ramai individu menyangka buku sebegini adalah untuk kanak-kanak sahaja. Padahal si ibu dan ayah sendiri pun solat masih tunggang langgang. Lebih malang tiada siapa yang ingin membantu sang ibu dan ayah. Kem solat dan buku solat kanak-kanak memang banyak, bagaimana pula untuk si ayah dan ibu? (UZAR 2008)

Sekian, selamat membeli.

p/s; rujukan tempat membeli tidak disertakan kerana ia buku pinjam

Monday, September 27, 2010

Riba & Isu Kewangan Semasa


Salam

Karangan; Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Cetakan Telaga Biru Sdn Bhd

1th Ed. cetakan 2010

Harga; RM20.00(WM)

I'm reading Riba & Isu Kewangan Semasa. Saya tak dapat nak bagi ulasan buku sebab masih dalam pembacaan. Penting untuk dimiliki setiap dari kita, kerana semua kita akan, sedang dan telah berurus niaga dalam suasana kewangan semasa.

Ulasan dari Telaga Biru
Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’

p/s; ni buku pinjam

Thursday, September 23, 2010

Wasiat-Wasiat Rasulullah SAW

Wasiat-Wasiat Rasulullah SAW Jilid 1

Karangan; Dr.Muhammad Bakar Ismail

Terjemahan ; Hj Abdurrahman Salleh

Cetakan Berlian Publications Sdn Bhd

1th Ed. cetakan 2008

Harga; RM38.00

Buku ni juga diperkenalkan oleh seorang sahabat. Di dalamnya terkandung banyak hadith berkenaan akhlak yang sangat sesuai dijadikan bacaan rujukan untuk amalan seharian. Lebih menyerupai kitab Tasawuf, cuma isinya adalah komentar kepada hadith -hadith.

Saya beli secara online di Pustaka Azhar, link-nya terdapat di blog saya.
Terdapat juga tulisan tentang buku ini di sini dan sini. Ia terdapat dalam 3 jilid berasingan.
Wallahua'lam.

Sunday, September 19, 2010

Muhimmah wa Mawaizd Badi'ah


Kitab Muhimmah dan Al-Mawai'zd Al-Badi'ah

Karangan; Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani
&
Syeikh Abdur Rauf Fanshuri Acheh

Terjemahan ke Rumi; Noraine Abu

Cetakan Al-Hidayah

5th Ed. cetakan 2009

Harga; RM15.00

Alhamdulillah kitab ni diperkenalkan seorang sahabat Setakat yang saya kaji dengan rakaman ceramah syarahnya oleh Ustaz Shamsuri (search muhimmah di 4shared), ia berkaitan perkahwinan dan adab berkeluarga. Fadhilat dan ancaman. Sebenarnya ia adalah dua kitab yang dikompilekan bersama, Kitab Muhimmah dan Mawaidz Badiah, sangat molek untuk dimiliki.

Bagi yang berada di Kelantan, ia tidak terdapat di Jaafar Rawas sebaliknya boleh jumpa di kedai berhadapan kedai JR, tak ingat nama kedai. Saya dapat diskaun RM2 (RM13). Yang suka online saja, lawat Uwise Bookstore .

Wassalam