Monday, September 27, 2010

Riba & Isu Kewangan Semasa


Salam

Karangan; Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Cetakan Telaga Biru Sdn Bhd

1th Ed. cetakan 2010

Harga; RM20.00(WM)

I'm reading Riba & Isu Kewangan Semasa. Saya tak dapat nak bagi ulasan buku sebab masih dalam pembacaan. Penting untuk dimiliki setiap dari kita, kerana semua kita akan, sedang dan telah berurus niaga dalam suasana kewangan semasa.

Ulasan dari Telaga Biru
Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’

p/s; ni buku pinjam

2 comments:

  1. nak beli kat kedai laaa.. cek tengok kat MPH, selalunya ada.

    xpun beli melalui storm readers,dapat dicount kot

    ReplyDelete