Wednesday, September 29, 2010

Formula Solat Sempurna


Salam

Karangan; Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Cetakan Telaga Biru Sdn Bhd

1th Ed. cetakan 2008

Harga; RM25.90(WM)

Alhamdulillah. Mungkin buku ni agak2 macam sambungan kepada buku Riba & Kewangan Semasa dalam previous posting yang juga tulisan UZAR. Mengulas sikit pasal buku Riba, teringat masa sekali join satu business yang akhirnya di"fatwa"kan HARAM oleh beliau. Tapi tak kisahlah, walaupun BURN sikit duit selepas era pengharaman. Tak sampai seminggu join.

Bila baca buku RIBA,minat pula nak tengok buku2 tulisan beliau yang lain. Dan sebenarnya buku ni (SOLAT) dah disarankan oleh beberapa sahabat tabligh yang lain, alternatif kepada buku Sifat Solat Nabi (Syeikh Al-Albani) katanya. Segan nak promote buku Sifat Solat Nabi versi Ustaz Zamihan Al-Ghari, sebab belum baca lagi. InsyaAllah akan diborrow dari kawan yang dah beli, dan diulas dalam pos akan datang.

Hampir separuh habis, tapi dah selak habis (overview/ pandangan atas) dan ternyata ia lebih kepada hasil galian ilmu dari kitab ulamak2 muktabar mutaqaddimin dan mutaakhirin. Dan disimpulkan dengan pilihan2 dalil yang sahih, dan bersesuaian dengan u'ruf masyarakat Malaysia yang mengikut mazhab Syafie bedal (maaf,sebab setelah dengar di kuliah2 pengajian ustaz pondok di Kelantan,banyak orang Malaysia yang macam dalam keraguan Mazhab, dah tak pure Syafie)

Elok untuk anak2 yang baru nak tau pasal solat, dan hadiah untuk mak-bapak yang bermazhab Syafie bedal. Bak kata UZAR seperti dibawah

Agak ramai individu menyangka buku sebegini adalah untuk kanak-kanak sahaja. Padahal si ibu dan ayah sendiri pun solat masih tunggang langgang. Lebih malang tiada siapa yang ingin membantu sang ibu dan ayah. Kem solat dan buku solat kanak-kanak memang banyak, bagaimana pula untuk si ayah dan ibu? (UZAR 2008)

Sekian, selamat membeli.

p/s; rujukan tempat membeli tidak disertakan kerana ia buku pinjam

No comments:

Post a Comment